
|
CHAPTER I|sebuah pengorbanan
Friday, 16 December 2011 @ 01:17 | 0 Comment [s]
sebuah diari usang seorang lelaki Pada suatu petang sedang dia asyik memungut strawberry dia ternampak seorang gadis yang sedang memetik bunga tulip tidak jauh dari tempat pemuda itu bekerja.Dia mula tertarik akan gadis itu yang seakan-akan gadis korea.Si pemuda cuba mendekati dan mereka berkenalan.Setiap petang si pemuda akan menemani gadis tersebut memetik tulip dan gadis tersebut menolongnya memetik strawberry. Si pemuda mula mencintai gadis tersebut tetapi tidak tahu perasaan gadis itu terhadapnya.Setelah sekian lama berkawan mereka semakin akrab dan pada suatu hari gadis tersebut menghilangkan diri. Si pemuda tertanya-tanya kemanakah hilangnya gadis tersebut.Setibanya di rumah ada sekeping kad di atas mejanya.Gugur jantung si pemuda setelah melihat nama gadis yang dicintainya itu di atas kad berkenaan.Terasakan dunia ini kelam dan sunyi tanpa sebarang bunyi. Dia terus mengambil kunci keretanya dan meluru keluar tanpa sempat menutup pintu rumah.Tanpa menghiraukan apa-apa lagi dia memecut kereta impreza biru wrx sti version v type-R yang sentiasa menjadi teman.Dengan kelajuan 160km/j di jalan yang berbengkang bengkok menuruni bukit dari bandar cameron menuju ke tapah dia gagal mengawal keretanya di sebuah selekoh dan.... Labels: sweet |
Profile
Please Don't Remove The Credits Tagboard
Round of applause
Background : Faqihah #Don't remove this #Don't ripping |