
|
love
Friday, 16 December 2011 @ 01:32 | 0 Comment [s]
assalammualaikum semuapernikahan ataupun perkahwinan , menyingkap tabir rahsia , isteri yang kamu nikahi , bukanlah semulia Khadijah , tidaklah setakwa Aisyah , pun tidak setabah Fatimah ... justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman , yang punya cita-cita , menjadi solehah .. pernikahan atau perkahwinan , mengajar kita tentang kewajipan bersama , isteri menjadi tanah , kamu langit penaungnya . isteri ladang tanaman , kamu pemagarnya . isteri kiasan ternakan , kamu gembalanya . isteri adalah murid , kamu adalah mursyidnya . isteri bagaikan anak kecil , kamulah tempat ia bermanja ... saat isteri menjadi madu , kamu teguklah sepuasnya .. saat isteri menjadi racun , kamulah penawar bisanya .. seandainya isteri tulang yang bengkok , berhati-hatilah membetulkannya .. pernikahan atau perkahwinan , perlunya iman dan takwa , untuk belajar meniti sabar dan redha .. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana .. justeru itu kamu akan tersentak dari alpa , kamu bukanlah Rasulullah , pun bukan Saidina Ali Karamallahhuwajhah .. kamu cuma suami akhir zaman , yang berusaha menjadi soleh .. Labels: sweet |
Profile
Please Don't Remove The Credits Tagboard
Round of applause
Background : Faqihah #Don't remove this #Don't ripping |